SEJARAH



 1963 : 
Kelas percantuman Cacat Pendengaran 
di Merbau English School 
Kota Bharu, mula diperkenalkan.

  1969  :
                Kelas percantuman ini berpindah ke 
           Sekolah Rendah Tengku Indra Putra, 
      Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

    1975  :
Maktab Perguruan Ilmu Khas
telah membuat bancian 
ke seluruh negeri Kelantan 
berkaitan kanak-kanak 
cacat pendengaran 
supaya dihantar ke sekolah.
Hasil bancian ini,murid bertambah 
kepada 40 orang dengan 4 buah kelas.

    1980  :
         Kelas khas dipindah ke sesi petang dan 
seorang penyelia petang bagi kelas 
percantuman tersebut 
dikalangan guru-guru khas sendiri.

  1981  :
Sambutan tahun antarabangsa 
orang-orang cacat di 
Sekolah Rendah Tengku Indra Putra,
Wakaf Mek Zainab.
Untuk diberi pendedahan tentang 
kesedaran bimbingan dan pembelajaran 
untuk orang-orang cacat.

1982  :
    Pihak Pendidikan Khas berusaha 
menyewa 2unit rumah murah 
sebagai asrama bagi murid-murid 
yang tinggal jauh 
dari Kota Bharu. 
Bekalan makanan dan 
orang pengasuh
diberi oleh 
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Peralatan-peralatan lain seperti 
tilam diambil dari lebihan sekolah 
berasrama yang lain.

1987  :
    Bahasa melayu kod tangan (BMKT) 
diajar kepada murid-murid secara meluas.
Pihak Pendidikan Khas 
membuat usul dalam  mesyuarat jabatan untuk 
mewujudkan sekolah sendiri.

1988 :
    Pentadbiran sekolah berpecah dengan 
SKTengku Indra Putra.

En. Abdul Malik B. Majid 
dilantik sebagai   Penyelaras Pendidikan Khas.

1989 :
     En. Ghazali B. Awang Mat 
dilantik sebagai 
Guru Besar.
       
En. Abu Bakar B. Awang 
sebagai 
Guru Penolong Kanan 1.
        
En. Abdul Wahab B. Wali Mohd 
sebagai 
Penolong Kanan HEM.
     
En. Mohd Ashaari B. Abd Latiff
sebagai 
Penolong Kanan KO.
Mempunyai pejabat sekolah dan 
bilik guru sendiri.

1990 :
     Pertambahan murid dari luar bandar 
semakin meningkat,
sebuah asrama puteri telah dibina 
didalam kawasan sekolah.
Asrama ini dapat menampung seramai 60 orang murid perempuan.
Murid lelaki masih lagi ditempatkan di 
dua unit rumah murah 
diluar kawasan sekolah.

1992 :
     Keramaian murid bertambah kepada 
205 orang dengan 
20 buah bilik darjah. 
Tenaga pengajar seramai 
34 orang termasuk    14 orang guru terlatih khas 
cacat pendengaran.

1994 :
     Memandangkan ciri-ciri keselamatan 
murid-murid lelaki yang tinggal 
di 2 unit rumah murah kurang terjamin.
Maka pada pertengahan tahun 1994,
dibina asrama lelaki dikawasan 
sekolah yang dapat 
menampung seramai 50 orang murid lelaki.

1996 :
        Meletakkan batu asas bagi 
tapak pembinaan 
sebanyak RM 5.6juta.

1997 :
     Pada julai 1997,
bangunan sekolah telah siap 
tetapi perabot belum ada lagi.

1998 :
     Pada 4.2.1998 
dengan rasminya 
SK Pendidikan Khas Kota Bharu 
berpindah ke 
SK Pendidikan Khas Kelantan 
di Lati,Pasir Mas.
 Sekolah ini diberi Gred A.
Guru besar memangku DG4 
dan 
orang penolong kanan DG5.
       Guru Besar : 
En. Ghazali B. Awang Mat 
(bersara pada 30.10.1998)
       
Penolong Kanan Pentadbiran :  
Pn. Wan Rohani Bt. Wan Ali
       
Penolong Kanan HEM : 
EnAbdul Wahab B. Wali Mohd
       
Penolong Kanan KO : En. Mohd Ashaari B. Abd Latiff

2000 :

Pada 1.5.2000 
 Pn. Wan Rohani Bt. Wan Ali 
dilantik sebagai 
Guru Besar 
di SKPK Kelantan.

2004 :

Sehingga bulan Mei 2004 
jumlah murid yang belajar di 
SKPK Kelantan ialah 
seramai 123 orang 
74 orang lelaki dan 
49 orang perempuan.
Jumlah guru adalah 
seramai 25 orang. 
Sekolah diterajui oleh,



 Guru Besar : 
Pn. Wan Rohani Bt. Wan Ali

Penolong Kanan Pentadbiran :
 En. Razduan B. Mat Desa

Penolong Kanan HEM : En. Razali B. Awang

Penolong Kanan KO : En. Hassan B. Awang


2009 :

SKPK Kelantan meneruskan sistem persekolahan 
seperti biasa dengan 
kemudahanan seperti
-Bas Sekolah 
-Van Sekolah
-Pusat Perkhidmatan 3PK
-Asrama Puteri dan Asrama Putera
-Pra-Sekolah

SKPK Kelantan diterajui oleh :

Guru Besar : 
En. Hassan B. Awang

Penolong Kanan Pentadbiran : 
TnHj Abdul Ghani B. Ismail

Penolong Kanan HEM : 
PnSuhaibah BtSetapa

Penolong Kanan KO :
PnTengah@Norhaslina BtMohamed


2014 :

SKPK Kelantan meneruskan sistem persekolahan 
seperti biasa dengan 
kemudahan seperti
-Bas Sekolah
-Van Sekolah
 -Pusat Perkhidmatan 3PK
-Asrama Puteri dan Asrama Putera
-Pra-Sekolah

SKPK Kelantan diterajui oleh :
Guru Besar :
 Pn.Nrazahfazila Bt. Mohd Din

Penolong Kanan Pentadbiran : 
TnHj Abdul Ghani B. Ismail

Penolong Kanan HEM : 
PnSuhaibah BtSetapa

Penolong Kanan KO : 
PnTengah@Norhaslina BtMohamed

0 comments:

Post a Comment